Friday, March 9, 2012

Kuih Lopes

tetibe teringin nak makan kuih manis2, so pikir punya pikir....surf punya surf terjumpe la kuih lopes....!!!!terus mencari pulut,kiranya bernasib baik ade la baki pulut 2cwn lagi..tak sampai sejam terhasil laaaaaaa.....



makan sampai tertido...mkn pulut ngantuk woooooooo

ni cara2 nak buat kuih lopes:

2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1/2 st garam
beberapa titik pewarna hijau
kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
*** untuk air gula ***
1 ketul gula melaka
3 sb gula
1 cawan air
Cara-cara Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 1jam, masukkan juga pewarna hijau . Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
*** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.